Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

IKLAN

IKLAN

Tuesday, November 30, 2010

Hari Qurban di Dq Wildan

Pada 10 Zulhijah 1430 H bersamaan 17 November 2010 umat islam di seluruh negara Malaysia dengan negara berhampiran dengannya telah menyambut Hari Raya Qurban atau sinonim dengan Raya Haji.

Darul Quran al-Wildan juga tidak melepaskan ruang dan kesempatan yang ada dengan mengadakan penyembelihan qurban. Kami mendapat banyak permintaan untuk qurban, sebanyak 5 ekor lembu dan 6 ekor kambing berjaya diqurbankan.

Terima kasih kepada pihak yang mengambil bahagian dalam aktiviti qurban ini baik mereka yang memberikan wang untuk bahagian binatang qurban mahupun tenaga kerja yang bersama-sama menyembelih, melapah dan mengagihkan daging qurban.

Taqaballahu minna waminkum.









Sunday, October 17, 2010

Iklan : Guru Tahfiz Diperlukan Segera!!

Kekosongan Jawatan : Seorang (1) guru tahfiz lelaki dan Seorang (1) guru tahfiz wanita

Syarat Kelayakan : - Seorang hafiz/hafizah yakni telah tamat menghafaz 30 Juzuk ayat al-Quran
- Berkemahiran dan baik dalam ilmu Tajwid
- Bujang
- Berakhlak mulia dan berkomitmen dengan agama.
- Bermanhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Setiap calon perlu menjalani temuduga terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Ustaz Muhd Fadzil (013-3997969)

Thursday, October 14, 2010

JAMUAN RAYA 2010

Pada tanggal 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431H yang lepas Darul Quran al-Wildan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari.

Antara pengisian dalam majlis tersebut ialah bacaan hafalan quran oleh adik Mohd Adam bin Ismail. Nasyid dan pentomin dari para pelajar DQ alWildan.

Terima Kasih kepada para tetamu yang sudi hadir. Moga Allah Taala memberkati majlis silaturahim kami tersebut.










Sunday, September 19, 2010

Sumbangan dan Ziarah Ramadhan DQ alWildan


Pada 28 Ramadhan 1431H bersamaan 7 September 2010 yang lalu Darul Quran al-Wildan sekali lagi berkesempatan menjayakan aktiviti amal untuk menyampaikan zakat fitrah dan infak sumbangan kepada golongan fakir miskin dan para asnaf.

Golongan fakir miskin dan para asnaf yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk kampung Pulau Pisang dan Kampung Aji, Bota Kiri Perak. Empat buah kampung orang asli iaitu Kg.Suak Padi, Kg.Bunut, Kg.Tumbuh Hangat dan Kg.Gedong Batu, Bota Kiri Perak turut termasuk dalam program sumbangan dan ziarah ramadhan ini.

Sebenar program ini adalah acara tahunan bagi Darul Quran al-Wildan memandangkan kami sebagai orang tengah dalam menyalurkan zakat fitrah dan infak daripada kenalan dan para penyumbang.

Zakat fitrah yang disalurkan adalah berbentuk beras yang merupakan makanan asasi bagi penduduk negara Malaysia. Berdasarkan hadith tersebut ;

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh yang berkata:

كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ.

Kami (para sahabat) membayar zakat fitrah dengan satu sha’ makanan atau satu sha’ gandum
atau satu sha’ kurma atau satu sha’ keju atau satu sha’ anggur kering.

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1506 (Kitab al-Zakat, Bab sedekah fitrah dengan satu sha’ makanan)]

al-Syafi’e rahimahullah (204H) menjelaskan:

Jika makanan asasi seseorang ialah jagung, padi atau biji-bijian yang lain, maka dia wajib membayar zakat fitrah sesuai dengan makanan asasinya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dari jenis makanan dan baginda menyebut gandum dan kurma. Kami menggunakan akal dalam memahami (sabda Rasulullah tersebut), bahawa yang baginda ingin sebutkan ialah makanan asasi. Maka apa jua yang menjadi makanan asasi kita, maka itulah yang kita gunakan untuk membayar zakat fitrah, insya-Allahu Ta‘ala. [Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’e: al-Kitab al-Umm (tahqiq: Ahmad Badr al-Din; Dar Qutaibah, 1996), jld. 4, ms. 254]
Walau bagaimanapun tidaklah menjadi masalah jika membayar zakat fitrah kepada amil yang dipercayai dengan mengunakan wang.

Delegasi kembara ziarah ini bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang, selepas asar acara disambung dengan meneruskan lagi penyampaian zakat dan infak ke rumah-rumah dan kami berbuka puasa di perkampungan orang Asli Kg.Suak Padi Bota Kanan Perak. Selepas solat jemaah bersama penduduk, duit raya turut diberikan kepada penduduk orang asli dan anak-anak kecil mereka.
Selain, sumbangan berbentuk beras yang merupakan perantaraan zakat, barangan seperti minyak masak, tepung, gula, kicap dan susu pekat manis turut diberi kepada mereka yang memerlukan.

Zakat fitrah yang disampaikan sendiri oleh pemberi kepada penerima tanpa orang tengah merupakan suatu pengalaman yang jarang diambil kesempatan oleh masyarakat kita pada hari ini, walhal terdapat fakir miskin dan para asnaf yang layak menerima tinggal berhampiran dengan kampung dan kawasan tempat tinggal kita sendiri.

Berikut merupakan sedikit perkongsian gambar mengenai program ini :













Monday, July 26, 2010



Bismillah

-Laporan yang agak terlewat-

Pada 10 Julai 2010 yang lepas Institut Pentarbiyahan dan Menghafal al-Quran untuk kanak-kanak Perempuan dan lelaki (Darul Quran Al-Wildan) ini telah menyertai program anjuran bersama Masjid Ar-Ridhuan dan PITAS peringkat Gombak iaitu Karnival Tahfiz di Masjid Ar-Ridhuan, Ulu Kelang.

Acara utama program ini ialah Ithbat (hafaz) 5 juzuk ayat al-Quran. Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada pelajar 8 buah Ma’ahad Tahfiz sekitar Gombak. Acara sampingan pula ialah nasyid, azan, pidato dan bercerita. Peserta Ithbat DQ Wildan telah menunjukkan prestasi memberangsangkan, adik Ahmad Asyraf As-Syahid bin Mohd Rafi telah mendapat markah 96.80%, Mohd Ibrahim bin Abu Talib 94.84% dan Aishah binti Muhd.Fadzil 89.4% .

Bagi acara sampingan atau amal islami peserta-peserta dari DQ Wildan tidak kurang mantap juga, Alhamdulillah adik Asrina binti Saipul Amam telah menjadi Johan bagi pertandingan bercerita peringkat rendah bagi Banat dan Banin, Nurul Insyirah dan Nurul Ain Solehah memenangi tempat ketiga dan kedua bagi acara Pidato Banat, Kumpulan Nasyid DQ Wildan Banat juga telah menjadi Naib Johan bagi pertandingan Nasyid Banat dan Adik Mohd Noor Akmal bin Mohd Muri pula memenangi tempat ke-tiga bagi acara Pidato Banin.

Program yang turut mendapat sambutan masyarakat luar ini berlangsung dari jam 8 pagi hingga jam 11 malam. Di mana sebelah malam diadakan majlis khatam quran, majlis perasmian penutup dan forum khas sempena Karnival Tahfiz.

Berikut beberapa gambar yang sempat diambil :

















Sunday, June 27, 2010

Majlis Perasmian Dewan dan Pelancaran Koperasi


bismillah...

Alhamdulillah, pada 30 Mei 2010 yang lepas Darul Quran alWildan telah mengadakan sebuah majlis bagi merasmikan dewan baru dan menubuhkan koperasi alWildan. Majlis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1 petang itu telah dihadiri oleh ramai ibu bapa pelajar, sahabat dan kenalan warga alwildan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Alquran Selangor (PITAS) iaitu Ust. Hj. Sahril Bin Hj. Sartu.
Sekitar Majlis tersebut:

sekian,
allahu'alam~