Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

There was an error in this gadget

IKLAN

IKLAN

Sunday, September 19, 2010

Sumbangan dan Ziarah Ramadhan DQ alWildan


Pada 28 Ramadhan 1431H bersamaan 7 September 2010 yang lalu Darul Quran al-Wildan sekali lagi berkesempatan menjayakan aktiviti amal untuk menyampaikan zakat fitrah dan infak sumbangan kepada golongan fakir miskin dan para asnaf.

Golongan fakir miskin dan para asnaf yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk kampung Pulau Pisang dan Kampung Aji, Bota Kiri Perak. Empat buah kampung orang asli iaitu Kg.Suak Padi, Kg.Bunut, Kg.Tumbuh Hangat dan Kg.Gedong Batu, Bota Kiri Perak turut termasuk dalam program sumbangan dan ziarah ramadhan ini.

Sebenar program ini adalah acara tahunan bagi Darul Quran al-Wildan memandangkan kami sebagai orang tengah dalam menyalurkan zakat fitrah dan infak daripada kenalan dan para penyumbang.

Zakat fitrah yang disalurkan adalah berbentuk beras yang merupakan makanan asasi bagi penduduk negara Malaysia. Berdasarkan hadith tersebut ;

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh yang berkata:

كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ.

Kami (para sahabat) membayar zakat fitrah dengan satu sha’ makanan atau satu sha’ gandum
atau satu sha’ kurma atau satu sha’ keju atau satu sha’ anggur kering.

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1506 (Kitab al-Zakat, Bab sedekah fitrah dengan satu sha’ makanan)]

al-Syafi’e rahimahullah (204H) menjelaskan:

Jika makanan asasi seseorang ialah jagung, padi atau biji-bijian yang lain, maka dia wajib membayar zakat fitrah sesuai dengan makanan asasinya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dari jenis makanan dan baginda menyebut gandum dan kurma. Kami menggunakan akal dalam memahami (sabda Rasulullah tersebut), bahawa yang baginda ingin sebutkan ialah makanan asasi. Maka apa jua yang menjadi makanan asasi kita, maka itulah yang kita gunakan untuk membayar zakat fitrah, insya-Allahu Ta‘ala. [Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’e: al-Kitab al-Umm (tahqiq: Ahmad Badr al-Din; Dar Qutaibah, 1996), jld. 4, ms. 254]
Walau bagaimanapun tidaklah menjadi masalah jika membayar zakat fitrah kepada amil yang dipercayai dengan mengunakan wang.

Delegasi kembara ziarah ini bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang, selepas asar acara disambung dengan meneruskan lagi penyampaian zakat dan infak ke rumah-rumah dan kami berbuka puasa di perkampungan orang Asli Kg.Suak Padi Bota Kanan Perak. Selepas solat jemaah bersama penduduk, duit raya turut diberikan kepada penduduk orang asli dan anak-anak kecil mereka.
Selain, sumbangan berbentuk beras yang merupakan perantaraan zakat, barangan seperti minyak masak, tepung, gula, kicap dan susu pekat manis turut diberi kepada mereka yang memerlukan.

Zakat fitrah yang disampaikan sendiri oleh pemberi kepada penerima tanpa orang tengah merupakan suatu pengalaman yang jarang diambil kesempatan oleh masyarakat kita pada hari ini, walhal terdapat fakir miskin dan para asnaf yang layak menerima tinggal berhampiran dengan kampung dan kawasan tempat tinggal kita sendiri.

Berikut merupakan sedikit perkongsian gambar mengenai program ini :













No comments:

Post a Comment