Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

There was an error in this gadget

IKLAN

IKLAN

Saturday, May 21, 2011

PENGUMUMAN



~ASSALAMUA'ALAYKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH~


BUAT PERHATIAN PARA IBU BAPA / PENJAGA PELAJAR DARUL QURAN AL WILDAN SERTA TUAN / PUAN SEKALIAN CUTI SEKOLAH (MEI-JUN) TAHUN INI, DQ WILDAN TIDAK MENGANJURKAN APA-APA PROGRAM CUTI SEKOLAH. INSYA ALLAH HUJUNG TAHUN INI AKAN DIADAKAN KEM IBADAH SEPERTI BIASA.

Monday, March 21, 2011

LAWATAN KE TUDM

17hb MAC 2011 (Khamis) - Warga Darul Quran Al-Wildan telah berpeluang melawat Muzium TUDM yang terletak di Kem Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lawatan selama 2 jam 30 minit berjaya memberi pendedahan dan ilmu baru mengenai dunia ketenteraan udara buat para pelajar kami. Rombongan kami disambut mesra oleh Leftenan Kolenal Hj Ahmad Affandi Bin Hj.Shuib dan para pegawainya.


Sepanjang lawatan, kami diiringi oleh Kapten Syeikh Zaid bin Syeikh Muhammad yang tidak lokek berkongsi ilmu mengenai bidang ketenteraan. Selain, melawat Muzium TUDM dan Galeri sejarah TUDM yang menempat peralatan dan maklumat terperinci latar belakang TUDM di Malaysia, kami turut dihidangkan tayang montaj mengenai peranan dan tangungjawab TUDM dalam menjaga keamanan negara.


Di samping itu, para pelajar kami turut berpeluang menyertai pertandingan mewarna yang disediakan oleh pihak TUDM secara khas untuk pelajar DQ Wildan sahaja. Pelajar kelihatan seronok dapat menunjukkan bakat kreativiti mereka kepada pihak TUDM apabila nama-nama mereka dipanggil untuk mengambil hadiah.


Detik kepulangan kami diakhiri dengan sesi bertukar cenderahati dari pihak TUDM kepada para pelajar dan guru pengiring DQ WIldan serta dari DQ Wildan kepada pihak TUDM.

Semoga lawatan kali ini, benar-benar dapat menyuntik semangat para pelajar kami untuk fokus dan segera menghabiskan hafazan mereka sebelum menceburi bidang kerjaya yang mereka minati. Allahuma Ameen.










Monday, February 21, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG GARDENIA


Pada 19 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu lepas para pelajar DQ Wildan telah berpeluang melawati kilang roti Gardenia yang terletak di Shah Alam Selangor.

Seramai 50 orang pelajar dan guru-guru yang menyertai lawatan ini. Lawatan selama 1 jam 30 minit ini memberi pendedahan baru kepada pelajar mengenai proses membuat roti dan sejarah penubuhan kilang roti yang terkenal di semenanjung Malaysia ini.

Sedikit maklumat yang dapat dikongsi mengenai Sejarah penemuan gandum bermula apabila bijirin daripada rumput ditemui iaitu gandum. Ianya dikisar , dicampur dengan air , maka terhasillah roti. Rahsia roti Gardenia lembut dan bermutu disebabkan kualiti serta mutunya sentiasa dijaga dengan menggunakan teknologi terkini. Gardenia amat menitikberatkan kualiti dimana setiap buku roti yang dihasilkan mestilah sama bentuk, berat, saiz dan juga warnanya.

Kami dimaklumkan bahawa terdapat 4 buah kilang Gardenia di Malaysia. Roti yang dihasilkan adalah menggunakan bahan-bahan yang terpilih dengan menggunakan mesin automasi sepenuhnya. Roti Gardenia akan diedarkan secara segar, 7 hari seminggu dan dihantar ke 20,000 tempat jualan di seluruh Malaysia melalui 500 jentera pengangkutan yang dimiliki.

Seterusnya rombongan kami di bawa melawat kilang dan seterusnya menikmati jamuan ringan yang di sediakan oleh Pihak Gardenia serta sesi soal jawab diadakan. Melalui sesi soal jawab juga warga DQ Wildan dimaklumkan pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh Gardenia seperti Anugerah MS ISO-9001(2000), Anugerah Superbrands (3 tahun berturut-turut) dan juga Anugerah Pensijilan RISIS .

Atas kesudian Gardenia menerima kunjungan dari warga DQ Wildan, sedikit cenderahati berupa poster ‘Liku-liku Kehidupan’, Mug DQ Wildan dan buku Zikir telah diberikan selepas selesai sesi soal jawab..

Terima kasih di ucapkan kepada Gardenia kerana telah bermurah hati memberi buah tangan kepada rombongan DQ Wildan.

Tuesday, January 25, 2011

PETRONAS 'OIL AND GAS' BERPROGRAM



Kami sangat berbesar hati dengan kedatangan pihak Petronas ‘Oil and Gas’ yang sudi mengadakan gotong-royong dan mendirikan gelanggang permainan pada 15 hb Januari 2011 bersamaan hari Sabtu di Darul Quran Al-Wildan.

Hampir 30 orang kakitangan Petronas telah melibatkan diri dalam kerja amal yang telah dianjurkan oleh pihak mereka. Program bermula jam 9 pagi iaitu warga DQ Wildan menyambut ketibaan para kakitangan Petronas. Selepas taklimat wakil Petronas dan mudir DQ Wildan kami semua bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masing-masing seperti mengecat , membersih halaman surau dan memasang papan tanda ‘Selamat Datang ke Darul Quran Al Wildan’.

Di samping itu, Klinik Pergigian dari Hospital Selayang turut bersama kedatangan pihak Petronas dengan menawarkan rawatan pergigian secara percuma. Para pelajar juga turut diajarkan kaedah memberus gigi yang betul dan cara penjagaan gigi yang berkesan. Para pelajar DQ Wildan turut mendapat ‘ole-ole’ dari Pihak Petronas berupa beg yang comel berisi alat tulis, sabun, berus gigi dan ubat gigi serta tuala kecil.

Terima Kasih kepada pihak Petronas ‘Oil and Gas’ dan Klinik Pergigian dari Hospital Selayang yang sudi mengadakan program di sekolah kami.
Moga Allah membalas kalian dengan kebaikan yang banyak.

wasSalam~


























Tuesday, November 30, 2010

Hari Qurban di Dq Wildan

Pada 10 Zulhijah 1430 H bersamaan 17 November 2010 umat islam di seluruh negara Malaysia dengan negara berhampiran dengannya telah menyambut Hari Raya Qurban atau sinonim dengan Raya Haji.

Darul Quran al-Wildan juga tidak melepaskan ruang dan kesempatan yang ada dengan mengadakan penyembelihan qurban. Kami mendapat banyak permintaan untuk qurban, sebanyak 5 ekor lembu dan 6 ekor kambing berjaya diqurbankan.

Terima kasih kepada pihak yang mengambil bahagian dalam aktiviti qurban ini baik mereka yang memberikan wang untuk bahagian binatang qurban mahupun tenaga kerja yang bersama-sama menyembelih, melapah dan mengagihkan daging qurban.

Taqaballahu minna waminkum.









Sunday, October 17, 2010

Iklan : Guru Tahfiz Diperlukan Segera!!

Kekosongan Jawatan : Seorang (1) guru tahfiz lelaki dan Seorang (1) guru tahfiz wanita

Syarat Kelayakan : - Seorang hafiz/hafizah yakni telah tamat menghafaz 30 Juzuk ayat al-Quran
- Berkemahiran dan baik dalam ilmu Tajwid
- Bujang
- Berakhlak mulia dan berkomitmen dengan agama.
- Bermanhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Setiap calon perlu menjalani temuduga terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Ustaz Muhd Fadzil (013-3997969)