Sekapur Sirih
Pendidikan Islam tidak ada tolak bandingnya terutama pada anak-anak yang sedang membesar. Pendidikan yang baik bukan sahaja akan menjadi tabiatnya tetapi mereka juga akan tahu bahawa adalah wajib baginya untuk mematuhi arahan-arahan syariah. Anak-anak merupakan kurniaan Allah swt yang berharga dan menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya dengan baik dengan memberikan dan menunaikan hak-hak mereka. Hak-hak mereka adalah supaya diberikan pendidikan yang sempurna iaitu yang diterapkan dengan nilai-nilai murni dan dibekalkan dengan nilai-nilai yang disyariatkan oleh agama.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah kanak-kanak itu dilahirkan melainkan diatas fitrah (semulajadi - Islam). Maka bapanya lah yang akan menjadikan mereka Yahudi, Nasrani atau Majusi . . ." Hadis Soheh. Diriwayatkan oleh Muslim didalam kitab Mukhtasar Muslim no. 1803 (Kitab Soheh Al-Jaami' As-Sagheer oleh Sheikh Nasiruddin Al-Albani no. 5784). Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu-bapa untuk tidak mengabaikan mereka sehingga membiarkan orang-orang bukan Islam datang dan menyesatkan mereka.
Dan kita semua, iaitu ibu-bapa, guru-guru dan masyarakat semuanya bertanggungjawab didepan Allah swt didalam mendidik anak-anak. Jika mereka menjadi seorang muslim yang bertakwa, mereka akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat, tetapi jika sebaliknya, anak-anak akan menderita dan ibu-bapa akan kecewa.
Sepertimana yang terdapat didalam hadis Rasulullah saw dari Ibn Umar r.hum bahawa baginda bersabda, "Semua kamu adalah penjaga dan kamu semua bertanggungjawab terhadap tanggungan kamu. Pemimpin adalah penjaga dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya dan lelaki adalah penjaga kepada keluarganya dan dia bertanggungjawab apa yang dibawahnya dan perempuan adalah penjaga didalam rumah suaminya dan dia bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya dan khadam itu penjaga harta tuannya dan dia bertanggungjawab apa yang dijaganya dan lelaki itu penjaga kepada harta ayahnya dan dia bertanggungjawab dengan apa yang dijaganya maka kamu semua adalah penjaga dan kamu semua akan dipersoalkan dengan apa yang dijaga." Hadis Soheh. Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bukhari dan Muslim, Abu Daud dan At-Tirmizi didalam kitab Soheh Al-Jaami' As-Sagheer no. 4569.
Anak-anak kita, pada usia muda ini sangat cerdik dan penuh semangat. Oleh itu perlunya pendedahan yang betul dan tepat kepada mereka supaya mereka menjadi insan yang cemerlang didunia dan diakhirat kelak. Sepeti kata pepatah melayu 'melentur buluh biar dari rebungnya' kerana anak-anak kecil ini mudah dibentuk dengan nilai-nilai hidup yang murni. Adalah menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk menerapkan aqidah-aqidah yang soheh dan mantap kepada anak-anak supaya mereka menghayati Islam demi melahirkan generasi insan yang muttaqin, insya-Allah.
Dengan menghafal Al-Quran dapat melatih otak anak-anak untuk bekerja dengan betul iaitu dengan menggunakan kedua-dua belah otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Allah swt telah menjanjikan kemuliaan pada orang-orang yang menghafal Al-Quran. Didalam hadis dari Ali ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Ahli Quran adalah ahli Allah yang terpilih." Hadis Soheh (Kitab Soheh Al-Jaami' As-Sagheer oleh Sheikh Nasiruddin Al-Albani no.2528)
Oleh itu anak-anak ini akan dimuliakan bukan sahaja diakhirat tetapi juga didunia ini. Dan tidak ada kekhuatiran kerana sesungguhnya sudah tentu pertolongan Allah swt akan datang kepada mereka, insya-Allah.
Sejarah silam telah membuktikan kejayaan generasi awal bermula dengan hafazan Al-Quran sebelum tempoh umur 10 tahun. Sebagai contoh antaranya imam besar seperti Imam Shafie, Imam Bukhari dan Imam Muslim, Ibnu Sina, Al-Khuzaimah dan ramai lagi. Mereka ini bukan sahaja mahir didalam Al-Quran dan hadis Rasulullah saw tetapi juga mahir didalam ilmu-ilmu dunia seperti perubatan, matematik, sains dan teknologi yang mana telah diakui oleh sejarah dan disaksikan oleh dunia. Maka anak-anak ini bukan sahaja menjadi professional hafiz dan hafizah tetapi juga professional terhadap apa jua bidang yang diceburi kelak.

No comments:
Post a Comment