Hasrat kami adalah untuk mempunyai tempat yang tetap yang mempunyai frasarana pembelajaran, kurikulum dan sukan yang lengkap. Buat masa ini Darul Quran Al Wildan dijalankan dengan menyewa rumah panjang 5 pintu di Lot 8144 (c), Kg. Sg. Salak, Batu 10 1/2, Jalan Gombak, 53000 Gombak.
Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t. ada hamba-hamba Allah yang ikhlas mengharapkan ganjaran Allah semata-mata telah mewakafkan sebidang tanah kepada kami. Keluasan tanah adalah lebih kurang satu ekar di lot 2359, Kg. Batu Punggul, Mukim Batang Kali, Daerah Ulu Selangor, 44200 Selangor.
Dengan izin Allah s.w.t. diharapkan projek pembangunan ini dapat dimulakan pada tahun ini juga.
Oleh itu satu harapan yang tinggi kepada orang-orang yang baik hati agar dapat bersama-sama menyumbangkan saham Akhirat untuk mengembalikan cahaya Al-Quran pada masyarakat kita yang sudah pasti ada keuntungan iaitu keberkatan pada harta dan kejayaan diakhirat. Juga bersama-sama membantu membina Darul Quran Al Wildan untuk melahirkan anak-anak yang hafiz dan hafizah yang professional.
Antara bantuan-bantuan yang boleh disalurkan adalah dalam bentuk zakat, sedekah, bahan-bahan mentah, membeli tanah-tanah berdekatan untuk diwakafkan kepada kami, menyumbang didalam pembinaan masjid, asrama, dapur atau para arkitek, jurutera, penghias dalaman, para landskap untuk menyumbang tenaga bersama-sama dalam membina cara yang terbaik supaya pusat ini dalam keadaan yang sempurna dan selesa untuk pembelajaran anak-anak ini dalam mencari keredhaan Allah dan mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat, insya-Allah.
Setiap ringgit dan usaha yang tuan-tuan infakkan untuk pembangunan ini mudah-mudahan diterima Allah s.w.t. Dan setiap huruf yang dibacakan dan dihafal oleh pelajar-pelajar mudah-mudahan menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t. dan menjadi perisai dari api neraka kelak dan memudahkan kita masuk ke syurga Firdaus. Ameen. Kami mendahului dengan ucapan jazakamullahu khairan kathira. Ribuan terima kasih.
No comments:
Post a Comment