Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

IKLAN

IKLAN

Tuesday, January 25, 2011

PETRONAS 'OIL AND GAS' BERPROGRAM



Kami sangat berbesar hati dengan kedatangan pihak Petronas ‘Oil and Gas’ yang sudi mengadakan gotong-royong dan mendirikan gelanggang permainan pada 15 hb Januari 2011 bersamaan hari Sabtu di Darul Quran Al-Wildan.

Hampir 30 orang kakitangan Petronas telah melibatkan diri dalam kerja amal yang telah dianjurkan oleh pihak mereka. Program bermula jam 9 pagi iaitu warga DQ Wildan menyambut ketibaan para kakitangan Petronas. Selepas taklimat wakil Petronas dan mudir DQ Wildan kami semua bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan kerja masing-masing seperti mengecat , membersih halaman surau dan memasang papan tanda ‘Selamat Datang ke Darul Quran Al Wildan’.

Di samping itu, Klinik Pergigian dari Hospital Selayang turut bersama kedatangan pihak Petronas dengan menawarkan rawatan pergigian secara percuma. Para pelajar juga turut diajarkan kaedah memberus gigi yang betul dan cara penjagaan gigi yang berkesan. Para pelajar DQ Wildan turut mendapat ‘ole-ole’ dari Pihak Petronas berupa beg yang comel berisi alat tulis, sabun, berus gigi dan ubat gigi serta tuala kecil.

Terima Kasih kepada pihak Petronas ‘Oil and Gas’ dan Klinik Pergigian dari Hospital Selayang yang sudi mengadakan program di sekolah kami.
Moga Allah membalas kalian dengan kebaikan yang banyak.

wasSalam~


























Tuesday, November 30, 2010

Hari Qurban di Dq Wildan

Pada 10 Zulhijah 1430 H bersamaan 17 November 2010 umat islam di seluruh negara Malaysia dengan negara berhampiran dengannya telah menyambut Hari Raya Qurban atau sinonim dengan Raya Haji.

Darul Quran al-Wildan juga tidak melepaskan ruang dan kesempatan yang ada dengan mengadakan penyembelihan qurban. Kami mendapat banyak permintaan untuk qurban, sebanyak 5 ekor lembu dan 6 ekor kambing berjaya diqurbankan.

Terima kasih kepada pihak yang mengambil bahagian dalam aktiviti qurban ini baik mereka yang memberikan wang untuk bahagian binatang qurban mahupun tenaga kerja yang bersama-sama menyembelih, melapah dan mengagihkan daging qurban.

Taqaballahu minna waminkum.









Sunday, October 17, 2010

Iklan : Guru Tahfiz Diperlukan Segera!!

Kekosongan Jawatan : Seorang (1) guru tahfiz lelaki dan Seorang (1) guru tahfiz wanita

Syarat Kelayakan : - Seorang hafiz/hafizah yakni telah tamat menghafaz 30 Juzuk ayat al-Quran
- Berkemahiran dan baik dalam ilmu Tajwid
- Bujang
- Berakhlak mulia dan berkomitmen dengan agama.
- Bermanhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Setiap calon perlu menjalani temuduga terlebih dahulu.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Ustaz Muhd Fadzil (013-3997969)

Thursday, October 14, 2010

JAMUAN RAYA 2010

Pada tanggal 2 Oktober 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431H yang lepas Darul Quran al-Wildan telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengahari.

Antara pengisian dalam majlis tersebut ialah bacaan hafalan quran oleh adik Mohd Adam bin Ismail. Nasyid dan pentomin dari para pelajar DQ alWildan.

Terima Kasih kepada para tetamu yang sudi hadir. Moga Allah Taala memberkati majlis silaturahim kami tersebut.










Sunday, September 19, 2010

Sumbangan dan Ziarah Ramadhan DQ alWildan


Pada 28 Ramadhan 1431H bersamaan 7 September 2010 yang lalu Darul Quran al-Wildan sekali lagi berkesempatan menjayakan aktiviti amal untuk menyampaikan zakat fitrah dan infak sumbangan kepada golongan fakir miskin dan para asnaf.

Golongan fakir miskin dan para asnaf yang dipilih adalah terdiri daripada penduduk kampung Pulau Pisang dan Kampung Aji, Bota Kiri Perak. Empat buah kampung orang asli iaitu Kg.Suak Padi, Kg.Bunut, Kg.Tumbuh Hangat dan Kg.Gedong Batu, Bota Kiri Perak turut termasuk dalam program sumbangan dan ziarah ramadhan ini.

Sebenar program ini adalah acara tahunan bagi Darul Quran al-Wildan memandangkan kami sebagai orang tengah dalam menyalurkan zakat fitrah dan infak daripada kenalan dan para penyumbang.

Zakat fitrah yang disalurkan adalah berbentuk beras yang merupakan makanan asasi bagi penduduk negara Malaysia. Berdasarkan hadith tersebut ;

Abu Sa‘id al-Khudri radhiallahu 'anh yang berkata:

كُنَّا نُخْرِجُ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ طَعَامٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ
أَوْ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ أَقِطٍ أَوْ صَاعًا مِنْ زَبِيبٍ.

Kami (para sahabat) membayar zakat fitrah dengan satu sha’ makanan atau satu sha’ gandum
atau satu sha’ kurma atau satu sha’ keju atau satu sha’ anggur kering.

[Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1506 (Kitab al-Zakat, Bab sedekah fitrah dengan satu sha’ makanan)]

al-Syafi’e rahimahullah (204H) menjelaskan:

Jika makanan asasi seseorang ialah jagung, padi atau biji-bijian yang lain, maka dia wajib membayar zakat fitrah sesuai dengan makanan asasinya. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dari jenis makanan dan baginda menyebut gandum dan kurma. Kami menggunakan akal dalam memahami (sabda Rasulullah tersebut), bahawa yang baginda ingin sebutkan ialah makanan asasi. Maka apa jua yang menjadi makanan asasi kita, maka itulah yang kita gunakan untuk membayar zakat fitrah, insya-Allahu Ta‘ala. [Mausu‘ah al-Imam al-Syafi’e: al-Kitab al-Umm (tahqiq: Ahmad Badr al-Din; Dar Qutaibah, 1996), jld. 4, ms. 254]
Walau bagaimanapun tidaklah menjadi masalah jika membayar zakat fitrah kepada amil yang dipercayai dengan mengunakan wang.

Delegasi kembara ziarah ini bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2 petang, selepas asar acara disambung dengan meneruskan lagi penyampaian zakat dan infak ke rumah-rumah dan kami berbuka puasa di perkampungan orang Asli Kg.Suak Padi Bota Kanan Perak. Selepas solat jemaah bersama penduduk, duit raya turut diberikan kepada penduduk orang asli dan anak-anak kecil mereka.
Selain, sumbangan berbentuk beras yang merupakan perantaraan zakat, barangan seperti minyak masak, tepung, gula, kicap dan susu pekat manis turut diberi kepada mereka yang memerlukan.

Zakat fitrah yang disampaikan sendiri oleh pemberi kepada penerima tanpa orang tengah merupakan suatu pengalaman yang jarang diambil kesempatan oleh masyarakat kita pada hari ini, walhal terdapat fakir miskin dan para asnaf yang layak menerima tinggal berhampiran dengan kampung dan kawasan tempat tinggal kita sendiri.

Berikut merupakan sedikit perkongsian gambar mengenai program ini :