Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

IKLAN

IKLAN

Friday, August 28, 2009

Orang-Orang Yang Dimaafkan Tidak Berpuasa Ramadhan dan Hukum-Hakamnya

  1. Orang tua yang tidak mampu berpuasa. (fidyah)
  2. Wanita hamil dan yang menyusukan anak takut memudaratkan salah seorang darinya. (fidyah)
  3. Wanita yang melahirkan anak dan haid. (qado')
  4. Orang yang bermusafir. (qado')
  5. Orang yang sakit disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. (jika boleh sihat, qado' / tidak sihat, fidyah)
  6. Kanak-kanak yang belum baligh

Lain-lain Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

  1. Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir
  2. Solat terawih 11 rakaat paling tepat
  3. Zakat fitrah 2 hari sebelum hari Raya sehingga sebelum sembahyang Raya
  4. Doa mustajab dan pengampunan dari Allah s.w.t yang Maha Penyayang
  5. Iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadhan
  6. Bersedekah. Rasulullah s.a.w. bersedekah di bulan Ramadhan

Yang Membatalkan Puasa Ramadhan

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Haid dan Nifas
  4. Bersetubuh
  5. Onani
  6. Memberi makan melalui suntikan

Hukum-Hakam Di Dalam Puasa

  1. Wajib bagi orang yang baligh untuk berpuasa
  2. Wajib berpuasa apabila nampak anak bulan
  3. Wajib berniat dimalam hari memadai jika dia teringat untuk berpuasa esoknya
  4. Wajib menahan diri dari makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk perkataan sia-sia, bergaduh, mengumpat, penipuan dan lain-lain
  5. Digalakkan bersahur supaya tidak mengikut cara puasa ahli kitab dan digalakkan untuk melewatkan sahur
  6. Digalakkan segera berbuka apabila masuk waktu berbuka
  7. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. waktu Imsak ialah apabila masuk waktu Subuh dan waktu berbuka ialah apabila masuk waktu Maghrib.

Kelebihan Bersahur dan Berbuka

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bersahurlah kamu semua sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
-.:.-Muttafaqun A'laih

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Akan berterusan kemuliaan agama ini selagi manusia bersegera berbuka (bila masuk waktu) kerana sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani melambatkan berbuka."
-.:.-Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah. Hadis Soheh

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Sesungguhnya sahur padanya ada keberkatan yang Allah berikan pada kamu maka jangan tinggalkannya."
-.:.-Riwayat An-Nasai. Hadis Soheh

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Akan berterusan manusia ini dalam kebaikan selagi mempercepatkan berbuka."
-.:.-Riwayat Al-Bukhari. Hadis Soheh

Kelebihan Puasa Ramadhan

Dari Sahlin ibnu Sa'din bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Di dalam syurga ada lapan pintu dan satu pintu bernama Ar-Riyan. Tidak akan masuk ke dalamnya melainkan orang yang berpuasa sahaja."
-Muttafaqun A'laih

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada Allah maka diampunkan dosanya yang telah lalu. Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada Allah maka diampunkan dosanya yang telah lalu. Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada Allah maka diampunkan dosanya yang telah lalu. (melakukan ibadat, kebajikan dan qiammulail.)
-Muttafaqun A'laih

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan, hari Jumaat ke Jumaat, satu sembahyang ke sembahyang yang lain penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar."
-Riwayat Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Semua amalan yang baik dari anak Adam diberi ganjaran sehingga 10 - 700 pahala. Allah berfirman, "Melainkan puasa sesungguhnya ia adalah urusan Ku. Aku yang akan membalasnya,"dia meninggalkan nafsunya dan makanannya semata-mata keranaKu. Puasa itu mendapat dua kegembiraan. Pertama sewaktu berbuka, kedua sewaktu bertemu dengan Tuhannya. Bau yang keluar dari dalam perut melalui mulut orang yang berpuasa adalah lebih harum dari misk di sisi Allah dan puasa itu adalah pelindung. Oleh kerana itu jika kamu berpuasa janganlah berkata dengan perkataan yang tidak baik atau meninggikan suara dalam perkara yang tidak diperlukan. Jika seseorang itu memaki hamun atau ingin bergaduh denganmu. Katakan padanya aku berpuasa."
-Muttafaqun A'laih