Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

IKLAN

IKLAN

Sunday, June 27, 2010

Majlis Perasmian Dewan dan Pelancaran Koperasi


bismillah...

Alhamdulillah, pada 30 Mei 2010 yang lepas Darul Quran alWildan telah mengadakan sebuah majlis bagi merasmikan dewan baru dan menubuhkan koperasi alWildan. Majlis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 1 petang itu telah dihadiri oleh ramai ibu bapa pelajar, sahabat dan kenalan warga alwildan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh pengerusi Persatuan Institusi Tahfiz Alquran Selangor (PITAS) iaitu Ust. Hj. Sahril Bin Hj. Sartu.
Sekitar Majlis tersebut:

sekian,
allahu'alam~





Friday, October 23, 2009

Jazakallahu Khairan Kathira

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya 2009 yang telah diadakan pada hari Ahad 18 Oktober 2009. Kami sangat gembira dengan kehadiran antum semua dan kami berharap juga semoga antum semua enjoy makanan yang disediakan.

Mungkin boleh juga dikatakan sebagai majlis silaturrahim kerana ramai kenalan yang rupa-rupanya kenal antara satu sama lain cuma jarang berjumpa lalu dipertemukan pula di majlis ini, MasyaAllah. Barakallahu fiekum jami'an.

Kepada sahabat-sahabat yang sponsor makanan-makanan masya-Allah it was marvellous!! begitu juga dengan tetamu yang hadir...ada juga yang bawa makanan. Samada sedikit atau banyak hanya Allah yang menilainya. Semoga Allah s.w.t. memberkati kalian sekeluarga, murahkan rezeki dan memberi syurga Firdaus insya-Allah.

Yang paling utama anak-anak Al-Wildan begitu gembira sekali dengan persembahan-persembahan yang boleh dikatakan mantap walaupun mereka hanya diberi 3 hari untuk melakukannya. Syabas!!

Bagi sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir, persembahan pelajar-pelajar Al-Wildan terdiri dari pentomin, sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, nasyid Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Alhamdulillah ada sahabat kami yang telah merakamnya, jadi kepada sesiapa yang ingin memiliki CD tersebut boleh hubungi kami.

Friday, August 28, 2009

Orang-Orang Yang Dimaafkan Tidak Berpuasa Ramadhan dan Hukum-Hakamnya

  1. Orang tua yang tidak mampu berpuasa. (fidyah)
  2. Wanita hamil dan yang menyusukan anak takut memudaratkan salah seorang darinya. (fidyah)
  3. Wanita yang melahirkan anak dan haid. (qado')
  4. Orang yang bermusafir. (qado')
  5. Orang yang sakit disahkan oleh doktor tidak boleh berpuasa. (jika boleh sihat, qado' / tidak sihat, fidyah)
  6. Kanak-kanak yang belum baligh

Lain-lain Kelebihan Berpuasa Di Bulan Ramadhan

  1. Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir
  2. Solat terawih 11 rakaat paling tepat
  3. Zakat fitrah 2 hari sebelum hari Raya sehingga sebelum sembahyang Raya
  4. Doa mustajab dan pengampunan dari Allah s.w.t yang Maha Penyayang
  5. Iktikaf 10 hari terakhir bulan Ramadhan
  6. Bersedekah. Rasulullah s.a.w. bersedekah di bulan Ramadhan

Yang Membatalkan Puasa Ramadhan

  1. Makan dan minum dengan sengaja
  2. Muntah dengan sengaja
  3. Haid dan Nifas
  4. Bersetubuh
  5. Onani
  6. Memberi makan melalui suntikan

Hukum-Hakam Di Dalam Puasa

  1. Wajib bagi orang yang baligh untuk berpuasa
  2. Wajib berpuasa apabila nampak anak bulan
  3. Wajib berniat dimalam hari memadai jika dia teringat untuk berpuasa esoknya
  4. Wajib menahan diri dari makan, minum, dan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk perkataan sia-sia, bergaduh, mengumpat, penipuan dan lain-lain
  5. Digalakkan bersahur supaya tidak mengikut cara puasa ahli kitab dan digalakkan untuk melewatkan sahur
  6. Digalakkan segera berbuka apabila masuk waktu berbuka
  7. Mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. waktu Imsak ialah apabila masuk waktu Subuh dan waktu berbuka ialah apabila masuk waktu Maghrib.

Kelebihan Bersahur dan Berbuka

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bersahurlah kamu semua sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
-.:.-Muttafaqun A'laih

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
"Akan berterusan kemuliaan agama ini selagi manusia bersegera berbuka (bila masuk waktu) kerana sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani melambatkan berbuka."
-.:.-Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah. Hadis Soheh

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Sesungguhnya sahur padanya ada keberkatan yang Allah berikan pada kamu maka jangan tinggalkannya."
-.:.-Riwayat An-Nasai. Hadis Soheh

Sabda Rasulullah s.a.w,
"Akan berterusan manusia ini dalam kebaikan selagi mempercepatkan berbuka."
-.:.-Riwayat Al-Bukhari. Hadis Soheh