Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

There was an error in this gadget

IKLAN

IKLAN

Monday, February 21, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG GARDENIA


Pada 19 Februari 2011 bersamaan hari Sabtu lepas para pelajar DQ Wildan telah berpeluang melawati kilang roti Gardenia yang terletak di Shah Alam Selangor.

Seramai 50 orang pelajar dan guru-guru yang menyertai lawatan ini. Lawatan selama 1 jam 30 minit ini memberi pendedahan baru kepada pelajar mengenai proses membuat roti dan sejarah penubuhan kilang roti yang terkenal di semenanjung Malaysia ini.

Sedikit maklumat yang dapat dikongsi mengenai Sejarah penemuan gandum bermula apabila bijirin daripada rumput ditemui iaitu gandum. Ianya dikisar , dicampur dengan air , maka terhasillah roti. Rahsia roti Gardenia lembut dan bermutu disebabkan kualiti serta mutunya sentiasa dijaga dengan menggunakan teknologi terkini. Gardenia amat menitikberatkan kualiti dimana setiap buku roti yang dihasilkan mestilah sama bentuk, berat, saiz dan juga warnanya.

Kami dimaklumkan bahawa terdapat 4 buah kilang Gardenia di Malaysia. Roti yang dihasilkan adalah menggunakan bahan-bahan yang terpilih dengan menggunakan mesin automasi sepenuhnya. Roti Gardenia akan diedarkan secara segar, 7 hari seminggu dan dihantar ke 20,000 tempat jualan di seluruh Malaysia melalui 500 jentera pengangkutan yang dimiliki.

Seterusnya rombongan kami di bawa melawat kilang dan seterusnya menikmati jamuan ringan yang di sediakan oleh Pihak Gardenia serta sesi soal jawab diadakan. Melalui sesi soal jawab juga warga DQ Wildan dimaklumkan pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh Gardenia seperti Anugerah MS ISO-9001(2000), Anugerah Superbrands (3 tahun berturut-turut) dan juga Anugerah Pensijilan RISIS .

Atas kesudian Gardenia menerima kunjungan dari warga DQ Wildan, sedikit cenderahati berupa poster ‘Liku-liku Kehidupan’, Mug DQ Wildan dan buku Zikir telah diberikan selepas selesai sesi soal jawab..

Terima kasih di ucapkan kepada Gardenia kerana telah bermurah hati memberi buah tangan kepada rombongan DQ Wildan.