Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

IKLAN

IKLAN

Friday, October 23, 2009

Jazakallahu Khairan Kathira

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada Majlis Jamuan Hari Raya 2009 yang telah diadakan pada hari Ahad 18 Oktober 2009. Kami sangat gembira dengan kehadiran antum semua dan kami berharap juga semoga antum semua enjoy makanan yang disediakan.

Mungkin boleh juga dikatakan sebagai majlis silaturrahim kerana ramai kenalan yang rupa-rupanya kenal antara satu sama lain cuma jarang berjumpa lalu dipertemukan pula di majlis ini, MasyaAllah. Barakallahu fiekum jami'an.

Kepada sahabat-sahabat yang sponsor makanan-makanan masya-Allah it was marvellous!! begitu juga dengan tetamu yang hadir...ada juga yang bawa makanan. Samada sedikit atau banyak hanya Allah yang menilainya. Semoga Allah s.w.t. memberkati kalian sekeluarga, murahkan rezeki dan memberi syurga Firdaus insya-Allah.

Yang paling utama anak-anak Al-Wildan begitu gembira sekali dengan persembahan-persembahan yang boleh dikatakan mantap walaupun mereka hanya diberi 3 hari untuk melakukannya. Syabas!!

Bagi sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir, persembahan pelajar-pelajar Al-Wildan terdiri dari pentomin, sajak Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, nasyid Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

Alhamdulillah ada sahabat kami yang telah merakamnya, jadi kepada sesiapa yang ingin memiliki CD tersebut boleh hubungi kami.